Sunday, May 24, 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH

KURSUS MEMBINA LAMAN WEB (BLOG)

HARI: ISNIN - JUMAAT
TARIKH: 8HB- 12HB JUN 2009
MASA SESI 1: 8:00- 10:00
MASA SESI 2: 10:30- 12:30
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER

SYARAT PENYERTAAN
1. TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR DAN ANAK KAKITANGAN SMK JENJAROM
2. YURAN PENYERTAAN RM 60.00 DAN DISKAUN RM10 UNTUK AHLI KELAB KOMPUTER
3. TEMPAT ADALAH TERHAD SILA DAFTAR SEBELUM KHAMIS, 28HB MEI 2009.


Pertandingan Melukis Poster

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER MENGGUNAKAN
MICROSOFT PUBLISHER


HARI / TARIKH: JUMAAT, 19HB JUN 2009.
MASA: 9.00- 12.00 TENGAHARI
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER
ANJURAN: KELAB KOMPUTER SMK JENJAROM

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. ANDA MESTILAH AHLI KELAB KOMPUTER
2. SATU KUMPULAN TIDAK LEBIH DARI 4 ORANG
3. YURAN PENDAFTARAN KUMPULAN RM3.00
4. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH 26HB MEI 2009

HADIAH UTAMA
HAMPER BAGI PEMENANG NO 1
SAGUHATI BAGI SETIAP PENYERTAAN

Perjumpaan Kelab Kali Pertama

Perjumpaan Kelab Kali Pertama diadakan pada 28 April 2009 merupakan penubuhan semula kelab komputer yang telah sekian lama tidak diaktifkan.
Justeru penubuhannya semula telah mencorak lembaran baru bagi merealisasikan matlamat yang lebih cemerlang dan aktif. Sejurus itu buat pertama kalinya, kelab komputer ini ditubuhkan dengan momentum baru yang berdarah muda agar lebih kreatif dan inovatif.
Perlaksanaannya dengan tenaga muda dapat mengorak langkah dengah lebih jauh dan pantas.

Carta Organisasi Kelab Komputer Sesi Petang

Carta Organisasi Kelab Komputer

PENUBUHAN DAN PENGURUSAN KELAB KOMPUTER / TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH

1. Pendahuluan

1.1Dunia sekarang berada dalam era maklumat, di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan perkembangan ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan haruslah mengoptimurnkan penggunaan Teknologi Maklumat untuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan
dengan ini, panduan penubuhan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah perlu diberi penekanan baru kerana:

a. Teknologi Maklumat sentiasa berkembang dan berubah;
b. Kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi Maklumat ke sekolah;
c. Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan pembelajaran bestari; dan/atau
d. Ketidakseragaman dalam penubuhan dan perkembangan Kelab Komputer/ Teknologi Maklumat Sekolah.

1.2 Tujuan panduan ini ialah untuk memberi panduan kepada guru-guru bagaimana hendak:
a. Menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah;
b. Merancang aktiviti; dan
c. Mengurus dan mentadbir kelab.

2. Matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah ialah untuk membolehkan murid mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain daripada itu, murid boleh meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan Teknologi Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

3. Objektif Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah boleh direalisasikan melalui objektif yang berikut:

a. Pengetahuan.

i. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem komputer/Teknologi Maklumat.
ii. Membimbing murid mengetahui sistern pengoperasian komputer.
iii. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu.
iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan komputer dan Teknologi Maklumat.

b. Kemahiran.

i. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan Teknologi Maklumat.
ii. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu/kumpulan melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
iii. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan sesuatu sistem.

c. Nilai.

i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.
ii. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid, antara kelab, dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.